Umrah - Ziarah


Jadual Umrah – Ziarah


HARI 01-02 : KUL / JEDDAH / MEDINAH
Jemaah akan berlepas dari KLIA ke Jeddah jam 3.15 petang bersama penerbangan MALAYSIA AIRLINES. Tiba di Jeddah jam 7.30 malam (waktu Jeddah). Setelah selesai urusan di lapangan terbang – meneruskan perjalanan ke Madinah. Tiba di hotel – daftar masuk hotel – berehat.
HARI KE 02 :
Selepas sarapan pagi, jemaah bersiap sedia untuk menziarahi Makam Rasulullah SAW dan perkuburan Baqi’. Acara bebas.
HARI 03 : MEDINAH / ZIARAH / BEBAS
Selepas menikmati sarapan pagi jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar kurma – Bebas.
HARI 04-05 : MEDINAH / MAKKAH / BEBAS
Jemaah diminta melakukan ziarah wida’ – bersedia untuk berangkat ke Makkah. Berihram di Bir Ali. Tiba di Makkah – check in hotel – berehat. Mengerjakan umrah – acara bebas.
HARI KE 05 Acara bebas – jemaah digalakkan beribadah secara berkumpulan terutama jemaah wanita.
HARI 06-07 : MAKKAH / ZIARAH / BEBAS
Selepas sarapan pagi – ziarah Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Mudzalifah,Mina & Jaaranah (di Jaaranah jemaah boleh berniat ihram – mengerjakan umrah).
HARI KE 07 – Acara bebas – beribadah.
HARI 08 : MAKKAH / HUDAIBIYAH / BEBAS
Lawatan ke Hudaibiyah – Miqat ke 3. Melawat ke ladang unta, kilang Kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran).
HARI 09-11 : MAKKAH / BEBAS
Acara bebas – jemaah dinasihatkan beribadah secara berkumpulan atau mengikut mahram masing – masing.
HARI 12-13 : MAKKAH / JEDDAH / KUL
Pada HARI KE 12 jemaah diminta melakukan Tawaf Wida’. Kemudian jemaah dibawa melawat sekitar Jeddah (Insyallah ke Masjid Terapung), sementara menanti waktu berangkat ke KLIA